0

MeLeLeh TengoK Cite MaHabbAh De LaiLA







Cite Mahabbah De Laila ni salah 1 cite yg koi suke tgk...hahahaha,..


Sinopsis Mahabbah De Laila
MAHABBAH De Laila, mendengarkan tajuknya sahaja sudah cukup unik. Mahabbah membawa maksud cinta yang dimiliki oleh seorang wanita bernama De Laila. Drama ini menyingkap kisah cinta dan kehidupan seorang wanita berusia lewat 30-an yang berkahwin dengan lelaki muda belasan tahun.
Sungguhpun memiliki segala-galanya, kerjaya dan harta benda namun kemewahan hidup De Laila sebenarnya tidak menggambarkan realiti sebenar kehidupannya yang kesunyian tanpa teman hidup. Hancur hati seorang wanita yang ditinggalkan tunangnya menjelang hari perkahwinan mereka, menyebabkan De Laila menjadi seorang wanita yang terlalu tabah.
Apalagi sejak kematian ayah dan ibunya, De Laila yang dipelihara oleh ibu saudaranya, yang dipanggil Mama tidak pernah menjadikan kekecewaan sebagai benteng dalam kehidupan. Sebab itu tidak hairanlah, setelah ditinggalkan tunang hanya beberapa hari akan bergelar isteri, De Laila bangkit semula dan meneruskan tugas mengendalikan perniagaan yang ditinggalkan kedua orang tuanya.
Kebaikan dan kelembutan hati De Laila telah mencuri hati sepasang suami isteri Pak Imam dan Mak Kintan hingga mereka sanggup menyuruh anak mereka, Waad berusia 18 tahun menjadi suami kepada De Laila. Pada masa yang sama, Waad ‘berperang’ emosi dalam mengukuhkan hati melayari kehidupan sebagai seorang siswa, suami dan menyimpan rahsia daripada pengetahuan De Laila.

Lagi 1 yg koi suke lam Mahabbah de Laila ni lagu tema die...jom nyyi rmai--rmai...hahahaha

OST Mahabbah De Laila – Wajah Siapakah (Azlina Aziz)
Wajah siapakah yang dikau cari
Setelah dikau mengecewakanku
Senyuman siapakah yang masih dikau nanti
Untuk mengisi kekosongan jiwa
Lembutnya lidah mengucapkan kata
Melafazkan dendammu rindukanku
Padamu hanayalah aku yang dapat menghiburmu
Dan jua melenyapkan keresahan
( korus )
Tapi kini tiada lagi
Senyuman manis dan tawa mesramu
Terbiar aku…
Keseorangan…
Derita melanda
Mengganggu hatiku
Mengapa begini
Berakhirnya dunia
Cintaku… sayang
Kembalilah dikau dalam hatiku
Terangilah segala kegelapan
Nyalakanlan semula obor cinta kita
Agar damai hatiku dan hatimu
( ulang korus hingga akhir)